Senarai Blog Saya

Senarai Blog Saya

LIST Blog Saya

Jumaat, 26 Jun 2020

test

Dalam mengemukakan cadangannya itu, Mohamad meminta Muhyiddin mencontohi langkah diambil Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong yang membubarkan Parlimen republik itu bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan pada 10 Julai 2020. Keputusan itu dibuat bagi memastikan Kerajaan yang memerintah mempunyai mandat yang baik dan diyakini.
Mengulas lanjut, Mohamad berkata, kemajuan, kemakmuran dan kebolehsaingan negara sangat bergantung kepada kestabilan politik yang akan memberi kesan dan pengaruh kepada banyak perkara termasuklah kemasukan pelabur, aktiviti ekonomi dan ketenteraman sosial.
"Hanya kerajaan yang mempunyai mandat dan majoriti yang selesa di Parlimen dapat berfungsi dengan baik dan menumpukan segala fokus kepada memulihkan negara dari segala cabaran besar yang bersifat 'unprecedented' yang sedang kita hadapi.
"Negara ini adalah sebuah demokrasi berparlimen di mana kuasa sebenar ialah pada rakyat dan bukan pada sesiapa yang lain, apatah lagi blok-blok yang dibentuk sesedap rasa mengikut keselesaan dan kemahuan ahli politik.

Jumaat, 23 Oktober 2009

Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga . Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak , manakan mung kin puan dapat menjadi seperti sekarang . Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar , rumah besar , rantai besar dan pakaian besar . Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain............